Tabung Palestin

 


HANTARLAH BANTUAN KE BAITULMAQDIS JIKA TIDAK MAMPU MENZIARAHINYA

Daripada Maimunah maula Nabi SAW;
Wahai Rasulullah, berilah fatwa kepada kami tentang Baitulmaqdis. Baginda SAW bersabda; “Datangilah ia dan solatlah di dalamnya. Maimunah berkata: “Bagaimana (untuk datang dan solat) dengan keadaan Rom berada di dalamnya? Baginda SAW bersabda: “ Jika kamu tidak mampu (untuk pergi ke Baitulmaqdis) kirimlah minyak ke sana untuk dinyalakan lampu-lampunya.” (HR As-Sakhawi)

Tabung Palestin telah dilancarkan secara rasmi oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-pertuan Agong pada 8 September 2009.

Tabung Palestin ini bertujuan untuk memberi kemudahan kepada orang ramai dalam menderma melalui tabung fizikal. Kini, Aman Palestin menyediakan platform menyumbang dengan lebih pantas dan lebih mudah secara dalam talian.

Allah SWT menjanjikan 5 KELEBIHAN kepada golongan yang gemar bersedekah:
1. Pemisah diri dari neraka
2. Memadamkan kepanasan di Alam Barzakh
3. Pembuka pintu rezeki
4. Ganjaran pahala yang berganda-ganda
5. Bernaung di bawah rahmat Allah SWT

Sumbangan akan disalurkan kepada projek pembinaan masjid, bantuan persekolahan, bantuan perubatan, bantuan kecemasan, bantuan makanan, bantuan pertanian dan lain-lain mengikut keperluan semasa. Rebutlah peluang kebaikan ini setiap hari, moga ada sinar buat mereka.

Baik pulih 15 jentera bomba di Gaza https://youtu.be/dpXhx6WIWv4

Sesungguhnya sedekah pada hari Jumaat itu memiliki kelebihan dari hari-hari lainnya. Sedekah pada hari itu dibandingkan dengan hari-hari lainnya dalam seminggu, seperti sedekah pada bulan Ramadan jika dibandingkan dengan seluruh bulan lainnya.”
(Ibnul Qayyim, Zadul Ma’ad)

 

Sumbangan Sekali

Dengan menggunakan platform Billplz & FPX daripada PayNet (Bank Negara Malaysia), kami pastikan segala transaksi & maklumat penderma selamat.

Sumbangan Bulanan

Bagi memudahkan para penderma, kami menyediakan fungsi automatic deduction terus daripada kad debit & kad kredit anda secara bulanan.