SEDEKAH SECARA BERTERUSAN KEPADA MEREKA YANG MEMERLUKAN
Aisyah ra berkata, Rasulullah SAW bersabda:
“Amalan yang paling dicintai Allah SWT adalah amalan yang berterusan walaupun jumlahnya sedikit.”
(HR Bukhari)
Ramai yang bertanya, cara nak menyumbang kepada Palestin atau Syria secara konsisten setiap bulan, bukan hanya bantu sekali sekala bila berlakunya serangan.
Alhamdulillah Aman Palestin membuka ruang dan mengajak kepada sesiapa yang ingin menyumbang secara bulanan dengan lebih mudah dan pantas. SUMBANGAN BULANAN ini adalah untuk mendidik jiwa masyarakat untuk terus istiqamah dalam bersedekah dalam masa yang sama menjadikan amalan sedekah ini amalan berpanjangan.
Dari Abi Huhairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah, Ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya.”
(HR Muslim)
Sumbangan Bulanan anda akan disalurkan untuk projek-projek Kecemasan, Pembangunan, Pendidikan, Pertanian dan Perubatan mengikut keperluan semasa di bumi Syam khususnya Palestin dan Syria.