Tabung Darurat Banjir

KEMPEN TABUNG DARURAT BANJIR

Sejak 17 Disember lalu, Malaysia dilanda hujan lebat secara berterusan, mengakibatkan banjir di beberapa kawasan, tanah runtuh, rumah dinaiki air dan pelbagai kerugian dicatatkan.

Justeru, Aman Palestin dengan kerjasama Kelab Perwira Malaysia melancarkan Tabung Darurat Banjir bagi membantu mangsa-mangsa yang terlibat.

Untuk fasa pertama, sasaran agihan sebanyak 1000 unit Kit Bantuan Segera yang bernilai Rm50, dianggarkan dapat membantu 1000 orang mangsa banjir.

Setiap Kit Bantuan Segera (KBS) mengandungi barang keperluan seperti air mineral, biskut, pek serbuk kopi 3 dalam 1, roti dan tuala.

Ayuh kita membantu melalui kempen Tabung Darurat Banjir. Pilihan bantuan:
1. Kit Bantuan Segera – RM50
2. Tabung Banjir – RM 10 atau seikhlas hati.

Sumbangan Sekali

Dengan menggunakan platform Billplz & FPX daripada PayNet (Bank Negara Malaysia), kami pastikan segala transaksi & maklumat penderma selamat.

Sumbangan Bulanan

Bagi memudahkan para penderma, kami menyediakan fungsi automatic deduction terus daripada kad debit & kad kredit anda secara bulanan.