Bantuan Musim Sejuk

HANGATKAN MEREKA DENGAN SUMBANGAN ANDA

Palestin, Syria dan Yaman merupakan antara negara yang sangat terjejas bila tibanya musim sejuk di antara bulan Oktober hingga Februari setiap tahun. Suhunya mencecah hingga negatif darjah selsius, kedinginan yang mencengkam tulang belulang. Bertambah teruk lagi dengan pergolakan dan kezaliman penjajah yang tidak pernah henti.

Kemiskinan dan kebuluran, ditambah dengan kesejukan melampau kerana tidak mempunyai penempatan dan kemudahan yang mencukupi sangat menguji mereka.

Atas dasar tanggungjawab dan kemanusiaan, Aman Palestin melancarkan kempen BANTUAN MUSIM SEJUK bagi membantu saudara kita yang amat memerlukan di Palestin, Syria dan Yaman termasuklah pelarian Palestin dan Syria yang berada di Lubnan.

Sertai pakej bantuan yang merangkumi:

– Kotak Makanan

– Pemanas & kerosin

– Peralatan Musim Sejuk

– Bantuan Klinikal

– Tabung Musim Sejuk

Sumbangan Sekali

Dengan menggunakan platform Billplz & FPX daripada PayNet (Bank Negara Malaysia), kami pastikan segala transaksi & maklumat penderma selamat.

Sumbangan Bulanan

Bagi memudahkan para penderma, kami menyediakan fungsi automatic deduction terus daripada kad debit & kad kredit anda secara bulanan.